Thursday 7 August 2014

TAHAP KEBIMBANGAN GURU SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN TERHADAP PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK


Abdul Rahman, Hamidah dan Wan Zakaria, Wan Zarina


Kajian ini berkisarkan tentang tahap kebimbangan guru sekolah rendah kebangsaan terhadap pendidikan sains dan matematik. Pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris memerlukan kemahiran dan strategi pengajaran berkesan menghasilkan pendidikan yang sempurna. Untuk mencapai misi ini, guru mestilah mempunyai tahap pencapaian yang tinggi dalam penggunaan bahasa Inggeris bagi merealisasikan pembelajaran menggunakan bahasa tersebut dalam kedua-dua subjek ini. Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap kebimbangan di kalangan guru Matematik dan Sains sekolah rendah kebangsaan Tahun Satu terhadap pengajaran subjek tersebut di dalam bahasa Inggeris. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kebimbangan guru matematik dan sains adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap kebimbangan terhadap tiga sub-skala kebimbangan berdasarkan faktor demografi seperti jantina, status perkahwinan, pengalaman mengajar dan umur adalah pada tahap sederhana. Kementerian Pendidikan telah dan sedang melaksanakan pelbagai program latihan untuk membantu guru-guru untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Walaupun program yang dirangka menjanjikan satu pencapaian yang baik, keberkesanannya masih terlalu awal untuk dilihat terutama dari aspek kebimbangan guru itu sendiri terhadap pengajaran menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam kedua-dua subjek tersebut. Pelaksanaan ini juga haruslah merangkumi semua jenis sekolah termasuklah sekolah yang terdapat di Bandar, luar Bandar dan seterusnya di pedalaman. Ini kerana ketiga-tiga tempat berkenaan mempunyai murid yang mempunyai kurikulum dan keperluan yang sama, cuma berbeza sumber/bahan yang perlu dititikberatkan oleh pihak Kementerian Pendidikan. 

No comments:

Post a Comment