Wednesday 6 August 2014

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 LUAR BANDAR


Surif , Johari and Ibrahim, Nor Hasniza and Kamaruddin, Meor Ibrahim


Kajian ini berkisarkan tentang masalah pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar tingkatan 2 sekolah luar bandar. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian deskriptif. Instrumen yang digunakan semasa menjalankan kajian ini ialah soal selidik berdasarkan kepada empat persoalan kajian iaitu faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris), faktor pengajaran guru dalam bahasa Inggeris, faktor tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, dan faktor persekitaran. Dapatan kajian menunjukkan, faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris) dan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar berada pada tahap yang rendah. Secara keseluruhannya, ini menunjukkan masalah pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar adalah disebabkan masalah bahasa pengantar (bahasa Inggeris) dan tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar. Hal ini menggambarkan bahawa sekalipun guru menggunakan strategi pengajaran yang berkesan serta dilengkapi dengan infrastruktur dan persekitaran yang baik tetapi ianya masih belum mencukupi untuk mengelakkan kewujudan permasalahan dalam pembelajaran Matematik apabila mata pelajaran ini diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Sehubungan itu usaha yang lebih menyeluruh perlu dilaksanakan bagi mengatasi permasalahan bahasa Inggeris itu sendiri di samping memastikan kualiti guru dan prasarana pembelajaran. Motivasi pelajar yang kuat untuk berdepan dengan Bahasa Inggeris serta penguasaan Bahasa Inggeris yang berkesan perlu digiatkan dan digembeling khususnya dalam pengajaran Bahasa Inggeris itu sendiri. 

No comments:

Post a Comment