Thursday 7 August 2014

HUBUNGAN PERSONALITI EKSTROVERT DAN INTROVERT DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR


Mundau Anak Dundang


Kajian ini berkisarkan tentang  hubungan personaliti introvert dan ekstrovert terhadap pencapaian akademik pelajar. Personaliti merupakan aspek yang penting yang melambangkan ciri – cirri dalaman seseorang individu. Personaliti ini merujuk kepada segala keperibadian yang ada pada diri seseorang yang mana untuk mengetahui personaliti, kita perlu menyuluh kepada diri individu itu sendiri. Hal ini kerana, personaliti yang ada pada manusia adalah baik, positif dan konstruktif iaitu lebih cenderung kepada penyempurnaan kendiri yang dianggap sebagai motif utama bagi semua individu. Hasil kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti introvert dan ekstrovert dengan pencapaian akademik pelajar. Ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu keadaan bilik darjah yang sesak sehingga mencecah 40 lebih orang pelajar dalam satu kelas. Dalam bilik darjah juga, memang pelajar aktif tetapi akademik mereka agak lemah kerana pelajar kurang selesa untuk belajar. Selain itu, ibu bapa merupakan individu yang dominan dalam kehidupan seorang pelajar. Justeru, mereka perlu dilatih dan diterapkan ilmu keibubapaan supaya dapat membentuk pelajar menjadi individu yang berketrampilan. Ibu bapa perlu mendekati anak-anak mereka dengan menganggap mereka sebagai kawan dan jangan terlalu menjarakkan hubungan di antara ibu bapa dan anak. Selain itu, ibu bapa perlulah berhubung dengan pihak sekolah daripada semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan terkini anak-anak mereka.
KESAN PEMBELAJARAN KOPERATIF TERHADAP SIKAP DAN PENCAPAIAN
MATEMATIK BAGI MURID-MURID SEKOLAH RENDAH
DI SEKITAR BANDAR KUCHING


Koh Lee Ling, Choy Sau Kam, Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong dan Seah Ai Kuan

Kajian ini berkisarkan tentang keberkesanan kaedah Pembelajaran Koperatif (PK) terhadap sikap dan pencapaian Matematik apabila guru pelatih menggunakan PK dalam pengajaran dan pembelajaran matematik semasa menjalankan latihan praktikum. Reka bentuk kajian ini berdasarkan kuasi eksperimen dengan menggunakan ujian pra-ujian pos kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan kaedah PK berkesan untuk meningkatkan pencapaian matematik tetapi tiada perbezaan yang signifikan dalam sikap murid terhadap matematik antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kajian ini menunjukkan apabila pengajaran-pembelajaran dengan pendekatan PK dilaksanakan oleh guru pelatih semasa menjalankan latihan praktikum di sekolah.
            (i) ia tidak berkesan untuk membaiki sikap murid terhadap matematik
            (ii) ia berkesan untuk meningkatkan pencapaian matematik
Salah satu sebab yang mungkin ialah faktor guru pelatih dimana dari pemerhatian pensyarah pembimbing praktikum, guru pelatih yang melaksanakan PK kurang berkemahiran dalam mengawal kelas terutamanya apabila aktiviti kumpulan bermula, ini mengakibatkan keadaan

kelas menjadi terlalu bising dan tidak kondusif. PK dalam matematik perlu dijalankan oleh guru matematik yang berpengalaman. Ini kerana guru berpengalaman yang telah menguasai isi pelajaran matematik dan mahir dalam kawalan kelas dapat fokus pada strategi PK dengan teliti dan justeru itu, hasil kajiannya dapat memberi gambaran yang sebenar kesan PK terhadap sikap dan pencapaian matematik murid-murid sekolah rendah.
INTEGRATING HISTORY OF MATHEMATICS INTO CURRICULUM: WHAT ARE THE CHANCES AND CONSTRAINTS?


Regina M. Panasuk & Leslie Bolinger Horton


Kajian ini berkisarkan tentang penggabungan elemen sejarah Matematik dalam kurikulum. Wujud perbezaan pendapat dalam pembelajaran Matematik yang membawa kebaikan dan pandangan guru terhadap penggunaan sejarah Matematik dalam kurikulum. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mendapatkan kefahaman mengenai persepsi guru terhadap pelaksanaan gabungan sejarah Matematik dalam PdP mereka. Terdapat beberapa faktor yang menjadi tumpuan dalam kajian ini. Antaranya ialah pandangan guru terhadap sejarah Matematik, pengetahuan guru terhadap sejarah Matematik, masa, peperiksaan wajib yang terdapat dalam kurikulum dan bahan / sumber rujukan.