Thursday 7 August 2014

KESAN PEMBELAJARAN KOPERATIF TERHADAP SIKAP DAN PENCAPAIAN
MATEMATIK BAGI MURID-MURID SEKOLAH RENDAH
DI SEKITAR BANDAR KUCHING


Koh Lee Ling, Choy Sau Kam, Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong dan Seah Ai Kuan

Kajian ini berkisarkan tentang keberkesanan kaedah Pembelajaran Koperatif (PK) terhadap sikap dan pencapaian Matematik apabila guru pelatih menggunakan PK dalam pengajaran dan pembelajaran matematik semasa menjalankan latihan praktikum. Reka bentuk kajian ini berdasarkan kuasi eksperimen dengan menggunakan ujian pra-ujian pos kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan kaedah PK berkesan untuk meningkatkan pencapaian matematik tetapi tiada perbezaan yang signifikan dalam sikap murid terhadap matematik antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kajian ini menunjukkan apabila pengajaran-pembelajaran dengan pendekatan PK dilaksanakan oleh guru pelatih semasa menjalankan latihan praktikum di sekolah.
            (i) ia tidak berkesan untuk membaiki sikap murid terhadap matematik
            (ii) ia berkesan untuk meningkatkan pencapaian matematik
Salah satu sebab yang mungkin ialah faktor guru pelatih dimana dari pemerhatian pensyarah pembimbing praktikum, guru pelatih yang melaksanakan PK kurang berkemahiran dalam mengawal kelas terutamanya apabila aktiviti kumpulan bermula, ini mengakibatkan keadaan

kelas menjadi terlalu bising dan tidak kondusif. PK dalam matematik perlu dijalankan oleh guru matematik yang berpengalaman. Ini kerana guru berpengalaman yang telah menguasai isi pelajaran matematik dan mahir dalam kawalan kelas dapat fokus pada strategi PK dengan teliti dan justeru itu, hasil kajiannya dapat memberi gambaran yang sebenar kesan PK terhadap sikap dan pencapaian matematik murid-murid sekolah rendah.

No comments:

Post a Comment