Thursday 7 August 2014

HUBUNGAN PERSONALITI EKSTROVERT DAN INTROVERT DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR


Mundau Anak Dundang


Kajian ini berkisarkan tentang  hubungan personaliti introvert dan ekstrovert terhadap pencapaian akademik pelajar. Personaliti merupakan aspek yang penting yang melambangkan ciri – cirri dalaman seseorang individu. Personaliti ini merujuk kepada segala keperibadian yang ada pada diri seseorang yang mana untuk mengetahui personaliti, kita perlu menyuluh kepada diri individu itu sendiri. Hal ini kerana, personaliti yang ada pada manusia adalah baik, positif dan konstruktif iaitu lebih cenderung kepada penyempurnaan kendiri yang dianggap sebagai motif utama bagi semua individu. Hasil kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti introvert dan ekstrovert dengan pencapaian akademik pelajar. Ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu keadaan bilik darjah yang sesak sehingga mencecah 40 lebih orang pelajar dalam satu kelas. Dalam bilik darjah juga, memang pelajar aktif tetapi akademik mereka agak lemah kerana pelajar kurang selesa untuk belajar. Selain itu, ibu bapa merupakan individu yang dominan dalam kehidupan seorang pelajar. Justeru, mereka perlu dilatih dan diterapkan ilmu keibubapaan supaya dapat membentuk pelajar menjadi individu yang berketrampilan. Ibu bapa perlu mendekati anak-anak mereka dengan menganggap mereka sebagai kawan dan jangan terlalu menjarakkan hubungan di antara ibu bapa dan anak. Selain itu, ibu bapa perlulah berhubung dengan pihak sekolah daripada semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan terkini anak-anak mereka.

No comments:

Post a Comment