Wednesday 6 August 2014

PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN DALAM PENDIDIKAN GURU


Ismail, Zaleha and Hassan, Norasliza

Kajian ini berkisarkan tentang kejayaan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran dipengaruhi oleh pendidikan dan latihan yang dialami guru. Terdapat perbezaan antara guru terlatih dan tidak terlatih. Peranan guru terlatih haruslah jauh daripada setakat berkebolehan menyampaikan maklumat daripada buku kepada pelajar. Dalam latihan perguruan, pelbagai pengetahuan dan kemahiran perlu di kuasai guru pelatih supaya kualiti profession perguruan terjamin. Walaupun pengetahuan kandungan bagi sesuatu bidang penting, penguasaan guru setakat jenis pengetahuan ini tidak melayakkannya menjadi guru yang berkesan. Pengetahuan ini lebih mendalam berbanding pengetahuan pedagogi yang memberi tumpuan kepada pembelajaran dan pengajaran secara umum. Dari masa ke masa kajian telah dijalankan untuk meneliti tahap penguasaan PPK di kalangan guru pelatih. Beberapa kajian menjurus melihat penguasaan PPK terhadap konsepsi dan miskonsepsi pelajar mengenai sesuatu topik. Penguasaan ini dianggap penting memandangkan pengaruh kefahaman guru mengenai konsepsi dan miskonsepsi terhadap kualiti pengajarannya. Kajian berkenaan menunjukkan kebanyakan individu daripada kedua-dua kumpulan gagal mengutarakan punca kesilapan pelajar, malah mereka tidak memperoleh konsepsi yang padu mengenai pendaraban dan pembahagian nombor nisbah yang merupakan topik di peringkat sekolah rendah.

No comments:

Post a Comment