Monday 4 August 2014

MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN LUAR BANDAR


Zalika Adam, Faridah Kassim Dan Mohamad Johdi Salleh


Kajian ini berkisarkan tentang proses memperkasakan pendidikan luar bandar. Ianya dijalankan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di kawasan luar bandar supaya pencapaian pendidikan di setiap kawasan adalah sama rata atau hampir sama tanpa adanya perbezaan yang begitu ketara. Kajian ini mendapati bahawa pendidikan luar bandar berada pada tahap rendah kerana beberapa faktor, iaitu tiada kesedaran ibu bapa, kemiskinan keluarga, sikap pelajar, kekurangan bahan bantu mengajar, kemudahan infrastruktur, dan jurang pendapatan penduduk yang ketara. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan pembacaan. Dalam hal ini, pihak kerajaan telah mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) bagi mengatasi permasalahan ini agar generasi yang dididik mampu mengangkat negara ke mercu kejayaan selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Antaranya, memperbaiki sistem pendidikan di sekolah luar bandar, mengubah persepsi ibu bapa terhadap sistem persekolahan yang diperkenalkan, mempertingkatkan bahan bantu mengajar berbentuk teknologi, mewujudkan iklim persekolahan yang selesa, dan memperkenalkan kaedah bagi merapatkan jurang pendapatan penduduk luar bandar yang seterusnya menghapuskan kemiskinan tegar penduduk luar Bandar. Kajian ini penting bagi memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa wujud jurang perbezaan yang perlu diambilkira dalam kurikulum sistem pendidikan di Malaysia.  

No comments:

Post a Comment