Wednesday 6 August 2014

PENGETAHUAN DALAM KALANGAN GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BERDASARKAN STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK


Aini Hayati Pazin @ Fadzil, Noor Shah Saad, Mohd. Uzi Dollah dan Zulkifley Mohammad


Kajian ini berkisarkan tentang persepsi guru matematik sekolah rendah tentang pengetahuan standard pengajaran matematik dan komponen yang menyumbang kepada Standard Pengajaran Matematik. Metodologi kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik dengan skala likert lima point bagi mengukur tahap persepsi terhadap lima komponen pengetahuan standard pengajaran matematik iaitu pengetahuan atribut ikhtisas, pengetahuan amalan ikhtisas, pengetahuan ikhtisas, pengetahuan proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas dan pengetahuan pentaksiran berdasarkan standard-standard yang diamalkan di dalam dan luar negara. Dapatan kajian mendapati persepsi guru matematik sangat tinggi tentang lima komponen pengetahuan SPM-SR iaitu pengetahuan atribut ikhtisas (ATI), pengetahuan amalan ikhtisas (AI), pengetahuan ikhtisas (PI), pengetahuan proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas (PPPI) dan pengetahuan pentaksiran (PP). Komponen pengetahuan amalan ikhtisas (AI) dan pengetahuan proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas (PPPI) merupakan komponen yang menyumbang secara langsung terhadap pengetahuan Standard Pengajaran Matematik Sekolah Rendah (SPM-SR). Data asas ini boleh diguna pakai oleh para pendidik bagi menilai semula pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bilik darjah. Ini bagi membantu guru dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang dikehendaki dari masa ke semasa. 

No comments:

Post a Comment