Wednesday 6 August 2014

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS


Buntat, Yahya and Saud, Muhammad Sukri

Kajian ini berkisarkan tentang masalah pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Machang Bubok II, Daerah Seberang Prai Tengah. Instrumen kajian menggunakan soal selidik. Persoalan kajian ini akan menyentuh empat aspek utama yang meliputi faktor bahasa pengantar, tahap penguasaan bahasa Inggeris muridmurid, faktor teknik pengajaran guru dan juga faktor persekitaran. Kajian mendapati keempat-empat faktor permasalahan yang dikaji berada pada tahap sederhana. Hasil kesimpulan dan perbincangan yang telah dibuat dapat dirumuskan bahawa terdapat faktor yang mempengaruhi pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kajian mendapati tiada pengaruh yang besar dalam masalah pembelajaran Matematik Tahun Lima. Kebanyakan responden bersetuju dengan item yang dikemukakan dalam borang soal selidik. Tidak ketinggalan juga responden tidak menghadapi masalah yang besar dalam pembelajaran Matematik. Ini dapat dilihat iaitu pihak sekolah iaitu tenaga pengajar sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam peperiksaan UPSR. Keluarga juga patut memainkan peranan yang penting bagi membimbing responden di rumah. Keluarga yang prihatin akan menyebabkan keputusan peperiksaan resaponden berada pada tahap yang tinggi. Dorongan dan bimbingan dari keluarga boleh menyebabkan responden akan berusaha bersungguh-sungguh dan berkeyakinan tinggi dalam pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris.

No comments:

Post a Comment