Thursday 7 August 2014

HUBUNGAN PERSONALITI EKSTROVERT DAN INTROVERT DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR


Mundau Anak Dundang


Kajian ini berkisarkan tentang  hubungan personaliti introvert dan ekstrovert terhadap pencapaian akademik pelajar. Personaliti merupakan aspek yang penting yang melambangkan ciri – cirri dalaman seseorang individu. Personaliti ini merujuk kepada segala keperibadian yang ada pada diri seseorang yang mana untuk mengetahui personaliti, kita perlu menyuluh kepada diri individu itu sendiri. Hal ini kerana, personaliti yang ada pada manusia adalah baik, positif dan konstruktif iaitu lebih cenderung kepada penyempurnaan kendiri yang dianggap sebagai motif utama bagi semua individu. Hasil kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti introvert dan ekstrovert dengan pencapaian akademik pelajar. Ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu keadaan bilik darjah yang sesak sehingga mencecah 40 lebih orang pelajar dalam satu kelas. Dalam bilik darjah juga, memang pelajar aktif tetapi akademik mereka agak lemah kerana pelajar kurang selesa untuk belajar. Selain itu, ibu bapa merupakan individu yang dominan dalam kehidupan seorang pelajar. Justeru, mereka perlu dilatih dan diterapkan ilmu keibubapaan supaya dapat membentuk pelajar menjadi individu yang berketrampilan. Ibu bapa perlu mendekati anak-anak mereka dengan menganggap mereka sebagai kawan dan jangan terlalu menjarakkan hubungan di antara ibu bapa dan anak. Selain itu, ibu bapa perlulah berhubung dengan pihak sekolah daripada semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan terkini anak-anak mereka.
KESAN PEMBELAJARAN KOPERATIF TERHADAP SIKAP DAN PENCAPAIAN
MATEMATIK BAGI MURID-MURID SEKOLAH RENDAH
DI SEKITAR BANDAR KUCHING


Koh Lee Ling, Choy Sau Kam, Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong dan Seah Ai Kuan

Kajian ini berkisarkan tentang keberkesanan kaedah Pembelajaran Koperatif (PK) terhadap sikap dan pencapaian Matematik apabila guru pelatih menggunakan PK dalam pengajaran dan pembelajaran matematik semasa menjalankan latihan praktikum. Reka bentuk kajian ini berdasarkan kuasi eksperimen dengan menggunakan ujian pra-ujian pos kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan kaedah PK berkesan untuk meningkatkan pencapaian matematik tetapi tiada perbezaan yang signifikan dalam sikap murid terhadap matematik antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kajian ini menunjukkan apabila pengajaran-pembelajaran dengan pendekatan PK dilaksanakan oleh guru pelatih semasa menjalankan latihan praktikum di sekolah.
            (i) ia tidak berkesan untuk membaiki sikap murid terhadap matematik
            (ii) ia berkesan untuk meningkatkan pencapaian matematik
Salah satu sebab yang mungkin ialah faktor guru pelatih dimana dari pemerhatian pensyarah pembimbing praktikum, guru pelatih yang melaksanakan PK kurang berkemahiran dalam mengawal kelas terutamanya apabila aktiviti kumpulan bermula, ini mengakibatkan keadaan

kelas menjadi terlalu bising dan tidak kondusif. PK dalam matematik perlu dijalankan oleh guru matematik yang berpengalaman. Ini kerana guru berpengalaman yang telah menguasai isi pelajaran matematik dan mahir dalam kawalan kelas dapat fokus pada strategi PK dengan teliti dan justeru itu, hasil kajiannya dapat memberi gambaran yang sebenar kesan PK terhadap sikap dan pencapaian matematik murid-murid sekolah rendah.
INTEGRATING HISTORY OF MATHEMATICS INTO CURRICULUM: WHAT ARE THE CHANCES AND CONSTRAINTS?


Regina M. Panasuk & Leslie Bolinger Horton


Kajian ini berkisarkan tentang penggabungan elemen sejarah Matematik dalam kurikulum. Wujud perbezaan pendapat dalam pembelajaran Matematik yang membawa kebaikan dan pandangan guru terhadap penggunaan sejarah Matematik dalam kurikulum. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mendapatkan kefahaman mengenai persepsi guru terhadap pelaksanaan gabungan sejarah Matematik dalam PdP mereka. Terdapat beberapa faktor yang menjadi tumpuan dalam kajian ini. Antaranya ialah pandangan guru terhadap sejarah Matematik, pengetahuan guru terhadap sejarah Matematik, masa, peperiksaan wajib yang terdapat dalam kurikulum dan bahan / sumber rujukan. 
DESIGNING THE MATHEMATICS CURRICULUM IN MALAYSIA: MAKING MATHEMATICS MORE MEANINGFUL.

http://math.unipa.it/~grim/Jzanzali.PDF

Noor Azlan Ahmad Zanzali


Kajian ini berkisarkan tentang rekaan kurikulum yang dilaksanakan di Malaysia. Rekaan kurikulum yang terdapat di Malaysia bertujuan untuk memberi pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna kepada murid di Negara kita. Sejarah ringkas mengenai pendidikan Matematik di Malaysia telah melalui tiga frasa. Pemahaman konsep asas Matematik selain dari proses pengiraan merupakan tumpuan dalam silibus Matematik. Seterusnya silibus Matematik juga mementingkan konteks dalam proses penyelesaian masalah. Kajian ini telah mengkaji perkembangan kurikulum Matematik di Malaysia yang telah diguna pakai dalam sistem pendidikan Negara kita selama ini. Kajian ini menerangkan kepentingan pembangunan kurikulum dan semakan semula demi untuk mewujudkan satu silibus yang selaras dengan kehendak sistem pendidikan dan kemajuan perubahan/ permodenan zaman ini. 
TAHAP KEBIMBANGAN GURU SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN TERHADAP PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK


Abdul Rahman, Hamidah dan Wan Zakaria, Wan Zarina


Kajian ini berkisarkan tentang tahap kebimbangan guru sekolah rendah kebangsaan terhadap pendidikan sains dan matematik. Pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris memerlukan kemahiran dan strategi pengajaran berkesan menghasilkan pendidikan yang sempurna. Untuk mencapai misi ini, guru mestilah mempunyai tahap pencapaian yang tinggi dalam penggunaan bahasa Inggeris bagi merealisasikan pembelajaran menggunakan bahasa tersebut dalam kedua-dua subjek ini. Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap kebimbangan di kalangan guru Matematik dan Sains sekolah rendah kebangsaan Tahun Satu terhadap pengajaran subjek tersebut di dalam bahasa Inggeris. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kebimbangan guru matematik dan sains adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap kebimbangan terhadap tiga sub-skala kebimbangan berdasarkan faktor demografi seperti jantina, status perkahwinan, pengalaman mengajar dan umur adalah pada tahap sederhana. Kementerian Pendidikan telah dan sedang melaksanakan pelbagai program latihan untuk membantu guru-guru untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Walaupun program yang dirangka menjanjikan satu pencapaian yang baik, keberkesanannya masih terlalu awal untuk dilihat terutama dari aspek kebimbangan guru itu sendiri terhadap pengajaran menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam kedua-dua subjek tersebut. Pelaksanaan ini juga haruslah merangkumi semua jenis sekolah termasuklah sekolah yang terdapat di Bandar, luar Bandar dan seterusnya di pedalaman. Ini kerana ketiga-tiga tempat berkenaan mempunyai murid yang mempunyai kurikulum dan keperluan yang sama, cuma berbeza sumber/bahan yang perlu dititikberatkan oleh pihak Kementerian Pendidikan. 
MATHEMATICS ANXIETY AMONG 4th AND 5th GRADE TURKISH ELEMENTARY SCHOOL STUDENTS


Fulya Yüksel-Şahin


This research is about mathematics anxiety among 4th and 5th grade turkish elementary school students. This study investigated whether students’ mathematics anxiety differed significantly according to a group of variables. A total of 249 students participated in the study. “The Mathematics Anxiety Scale for Elementary School Students” and “The Personal Information Form” were used for data collection. Independent samples t-tests, Oneway Anova and Schefee test were used to analyze the data. Results showed that students’ mathematics anxiety differed significantly according to gender, whether they liked mathematics class or not, whether they liked their mathematics teachers or not and the achievement level in mathematics. Female students reported significantly higher mathematics anxiety than males. Students who liked mathematics class and those who liked their mathematics teachers had lower anxiety. Students with higher achievement in mathematics reported lower degrees of mathematics anxiety. However, results did not show any significant difference in students’ mathematics anxiety with respect to their grade level and gender-stereotypes about success in mathematics. 

Wednesday 6 August 2014

LANGUAGE: A CULTURAL CAPITAL FOR CONCEPTUALIZING MATHEMATICS KNOWLEDGE


Nosisi Feza-Piyose


Pembelajaran Matematik di Selatan Afrika merupakan satu krisis pendidikan. Para pelajar menunjukkan pencapaian yang rendah berbanding Negara yang lain.  Terdapat dua faktor yang diutamakan dalam kajian yang mempengaruhi pembelajran Matematik iaitu kemahiran guru dan strategi PdP guru tersebut. Temubual dan pengalaman mengejar diambilkira dalam kajian ini. Dapatan kajian mendapati ianya mempengaruhi pencapaian pelajar. Penggunaan bahasa ibunda mempengaruhi psikologi pelajar dalam pembelajaran Matematik. Ini berkait rapat dengan tahap yang lemah murid dalam bahasa dan kemahiran yang lemah dalam penguasaan nombor. 
MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 LUAR BANDAR


Surif , Johari and Ibrahim, Nor Hasniza and Kamaruddin, Meor Ibrahim


Kajian ini berkisarkan tentang masalah pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar tingkatan 2 sekolah luar bandar. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian deskriptif. Instrumen yang digunakan semasa menjalankan kajian ini ialah soal selidik berdasarkan kepada empat persoalan kajian iaitu faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris), faktor pengajaran guru dalam bahasa Inggeris, faktor tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, dan faktor persekitaran. Dapatan kajian menunjukkan, faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris) dan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar berada pada tahap yang rendah. Secara keseluruhannya, ini menunjukkan masalah pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar adalah disebabkan masalah bahasa pengantar (bahasa Inggeris) dan tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar. Hal ini menggambarkan bahawa sekalipun guru menggunakan strategi pengajaran yang berkesan serta dilengkapi dengan infrastruktur dan persekitaran yang baik tetapi ianya masih belum mencukupi untuk mengelakkan kewujudan permasalahan dalam pembelajaran Matematik apabila mata pelajaran ini diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Sehubungan itu usaha yang lebih menyeluruh perlu dilaksanakan bagi mengatasi permasalahan bahasa Inggeris itu sendiri di samping memastikan kualiti guru dan prasarana pembelajaran. Motivasi pelajar yang kuat untuk berdepan dengan Bahasa Inggeris serta penguasaan Bahasa Inggeris yang berkesan perlu digiatkan dan digembeling khususnya dalam pengajaran Bahasa Inggeris itu sendiri. 
MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS


Buntat, Yahya and Saud, Muhammad Sukri

Kajian ini berkisarkan tentang masalah pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Machang Bubok II, Daerah Seberang Prai Tengah. Instrumen kajian menggunakan soal selidik. Persoalan kajian ini akan menyentuh empat aspek utama yang meliputi faktor bahasa pengantar, tahap penguasaan bahasa Inggeris muridmurid, faktor teknik pengajaran guru dan juga faktor persekitaran. Kajian mendapati keempat-empat faktor permasalahan yang dikaji berada pada tahap sederhana. Hasil kesimpulan dan perbincangan yang telah dibuat dapat dirumuskan bahawa terdapat faktor yang mempengaruhi pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kajian mendapati tiada pengaruh yang besar dalam masalah pembelajaran Matematik Tahun Lima. Kebanyakan responden bersetuju dengan item yang dikemukakan dalam borang soal selidik. Tidak ketinggalan juga responden tidak menghadapi masalah yang besar dalam pembelajaran Matematik. Ini dapat dilihat iaitu pihak sekolah iaitu tenaga pengajar sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam peperiksaan UPSR. Keluarga juga patut memainkan peranan yang penting bagi membimbing responden di rumah. Keluarga yang prihatin akan menyebabkan keputusan peperiksaan resaponden berada pada tahap yang tinggi. Dorongan dan bimbingan dari keluarga boleh menyebabkan responden akan berusaha bersungguh-sungguh dan berkeyakinan tinggi dalam pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris.
PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN DALAM PENDIDIKAN GURU


Ismail, Zaleha and Hassan, Norasliza

Kajian ini berkisarkan tentang kejayaan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran dipengaruhi oleh pendidikan dan latihan yang dialami guru. Terdapat perbezaan antara guru terlatih dan tidak terlatih. Peranan guru terlatih haruslah jauh daripada setakat berkebolehan menyampaikan maklumat daripada buku kepada pelajar. Dalam latihan perguruan, pelbagai pengetahuan dan kemahiran perlu di kuasai guru pelatih supaya kualiti profession perguruan terjamin. Walaupun pengetahuan kandungan bagi sesuatu bidang penting, penguasaan guru setakat jenis pengetahuan ini tidak melayakkannya menjadi guru yang berkesan. Pengetahuan ini lebih mendalam berbanding pengetahuan pedagogi yang memberi tumpuan kepada pembelajaran dan pengajaran secara umum. Dari masa ke masa kajian telah dijalankan untuk meneliti tahap penguasaan PPK di kalangan guru pelatih. Beberapa kajian menjurus melihat penguasaan PPK terhadap konsepsi dan miskonsepsi pelajar mengenai sesuatu topik. Penguasaan ini dianggap penting memandangkan pengaruh kefahaman guru mengenai konsepsi dan miskonsepsi terhadap kualiti pengajarannya. Kajian berkenaan menunjukkan kebanyakan individu daripada kedua-dua kumpulan gagal mengutarakan punca kesilapan pelajar, malah mereka tidak memperoleh konsepsi yang padu mengenai pendaraban dan pembahagian nombor nisbah yang merupakan topik di peringkat sekolah rendah.
PENGETAHUAN DALAM KALANGAN GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BERDASARKAN STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK


Aini Hayati Pazin @ Fadzil, Noor Shah Saad, Mohd. Uzi Dollah dan Zulkifley Mohammad


Kajian ini berkisarkan tentang persepsi guru matematik sekolah rendah tentang pengetahuan standard pengajaran matematik dan komponen yang menyumbang kepada Standard Pengajaran Matematik. Metodologi kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik dengan skala likert lima point bagi mengukur tahap persepsi terhadap lima komponen pengetahuan standard pengajaran matematik iaitu pengetahuan atribut ikhtisas, pengetahuan amalan ikhtisas, pengetahuan ikhtisas, pengetahuan proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas dan pengetahuan pentaksiran berdasarkan standard-standard yang diamalkan di dalam dan luar negara. Dapatan kajian mendapati persepsi guru matematik sangat tinggi tentang lima komponen pengetahuan SPM-SR iaitu pengetahuan atribut ikhtisas (ATI), pengetahuan amalan ikhtisas (AI), pengetahuan ikhtisas (PI), pengetahuan proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas (PPPI) dan pengetahuan pentaksiran (PP). Komponen pengetahuan amalan ikhtisas (AI) dan pengetahuan proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas (PPPI) merupakan komponen yang menyumbang secara langsung terhadap pengetahuan Standard Pengajaran Matematik Sekolah Rendah (SPM-SR). Data asas ini boleh diguna pakai oleh para pendidik bagi menilai semula pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bilik darjah. Ini bagi membantu guru dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang dikehendaki dari masa ke semasa. 
BEYOND ACCESS AND ACHIEVEMENT: EQUITY ISSUES FOR MATHEMATICS TEACHERS AND LEADERS


Rochelle Gutiérrez, Jennifer Bay-Williams, and Timothy D. Kanold

Artikel ini berkisarkan tentang isu ikuiti yang timbul dalam pelbagai konteks pendidikan. Dalam pendidikan Matematik, kita menyedari bahawa perhatian terhadap ikuiti yang setimpal selaras dengan kurikulum dan penilaian akan mewujudkan PdP yang lebih baik. Ikuiti termaktub dalam NCSM’s The PRIME Leadership Framework: Principles and Indicators for Mathematics Education Leaders (NCSM 2008). Ianya penting bagi PdP Matematik menggabungkan ilmu pengetahuan dan kemahiran pengurusan kelas akan membantu murid dalam pembelejaran. Guru dan pentadbir yang efektif akan sentiasa cuba membangunkan kebolehan murid dalam pendidikan seiring dengan perkembangan semasa demi masa depan murid tersebut.


Tuesday 5 August 2014

ADDRESSING THE PRINCIPLES FOR SCHOOL MATHEMATICS: A CASE STUDY OF ELEMENTARY TEACHERS’ PEDAGOGY AND PRACTICES IN AN URBAN HIGH-POVERTY SCHOOL

http://www.iejme.com/012009/ab1.htm

Robert Q. Berry, Linda Bol and Sueanne E. McKinney


Kajian ini berkisarkan tentang kajian kes mengenai guru sekolah rendah dalam kemahiran pedagogi dan praktis di sebuah sekolah. Kajian ini melibatkan empat orang guru yang telah ditugaskan untuk mengaplikasikan kemahiran Matematik di sekolah tersebut. Pengkaji menjalankan tinjauan penglibatan guru dan menjalankan penilaian untuk membimbing dalam tinjauan. Keputusan dari ini menunjukkan hanya seorang guru yang dinilai sebagai mahir dalam PdP oleh pengetua. 

Monday 4 August 2014

TEACHERS’ BELIEFS ABOUT MATHEMATICAL KNOWLEDGE FOR TEACHING DEFINITIONS

http://www.iejme.com/032013/d1.pdf

Reidar Mosvold dan Janne Fauskanger

This research is about teachers’ beliefs about mathematical knowledge for teaching definitions (MKT). Qualitative content analysis was applied in order to learn more about the teachers’ beliefs about mathematical knowledge for teaching definitions. The results indicate that teachers believe knowledge of mathematical definitions is an important aspect of mathematical knowledge for teaching, but they do not regard it as important to actually know the mathematical definitions themselves. Teachers might hold beliefs that indicate an emphasis on understanding the content more than simply mastering the skills and remember facts. Researchers have suggested that there are cultural differences in the use of definitions and in how student developed algorithms are emphasized. Such differences might also influence teachers’ beliefs about MKT, and further research is needed in order to learn more about the influence of such cultural differences in teaching practice on teachers’ beliefs about MKT.
Jurang Digital dan Pendidikan di Luar Bandar: Tahap LiterasiTeknologi Maklumat dan Komunikasi Pelajar

 http://ejournals.ukm.my/apjitm/article/view/1718/1430

Hazura Mohamed, Hairulliza Mohamad Judi, Siti Fadzilah M. Noor dan Zawiyah M. Yusof


Kajian ini berkisarkan tentang jurang digital dan pendidikan di luar Bandar. Meskipun beberapa inisiatif diambil bagi merapat jurang digital di Malaysia, banyak lagi usaha perlu dilakukan terutamanya bagi meningkat status ekonomi dan pendidikan di kawasan luar Bandar dan pedalaman. Jurang digital merujuk kepada ketaksamaan peluang mengakses Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di antara kawasan bandar dan luar Bandar/pedalaman. Kertas ini bertujuan menyelidiki sama ada kemahiran TMK menyumbang dalam merapat jurang digital dengan melihat kajian kes di kawasan luar bandar iaitu Kundang Ulu, Muar Johor. Hasil kajian menunjukkan peratusan pemilikan komputer dan penggunaan TMK adalah rendah sementara kemahiran asas TMK pula berada pada tahap yang sederhana. Penemuan ini menunjukkan jurang digital merupakan isu yang berterusan di kawasan luar bandar. Kajian ini dapat membantu pembuat dasar dan pihak berkuasa yang lain dalam merangka dasar dan mengenal pasti strategi merapat jurang digital di Malaysia. Kajian ini penting bagi memberi kesedaran kepada semua pihak (pembaca) bahawa wujud jurang perbezaan yang perlu diambilkira dalam kurikulum sistem pendidikan di Malaysia terutamanya di kawasan luar Bandar dan pedalaman.  
MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN LUAR BANDAR


Zalika Adam, Faridah Kassim Dan Mohamad Johdi Salleh


Kajian ini berkisarkan tentang proses memperkasakan pendidikan luar bandar. Ianya dijalankan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di kawasan luar bandar supaya pencapaian pendidikan di setiap kawasan adalah sama rata atau hampir sama tanpa adanya perbezaan yang begitu ketara. Kajian ini mendapati bahawa pendidikan luar bandar berada pada tahap rendah kerana beberapa faktor, iaitu tiada kesedaran ibu bapa, kemiskinan keluarga, sikap pelajar, kekurangan bahan bantu mengajar, kemudahan infrastruktur, dan jurang pendapatan penduduk yang ketara. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan pembacaan. Dalam hal ini, pihak kerajaan telah mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) bagi mengatasi permasalahan ini agar generasi yang dididik mampu mengangkat negara ke mercu kejayaan selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Antaranya, memperbaiki sistem pendidikan di sekolah luar bandar, mengubah persepsi ibu bapa terhadap sistem persekolahan yang diperkenalkan, mempertingkatkan bahan bantu mengajar berbentuk teknologi, mewujudkan iklim persekolahan yang selesa, dan memperkenalkan kaedah bagi merapatkan jurang pendapatan penduduk luar bandar yang seterusnya menghapuskan kemiskinan tegar penduduk luar Bandar. Kajian ini penting bagi memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa wujud jurang perbezaan yang perlu diambilkira dalam kurikulum sistem pendidikan di Malaysia.  
STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA

http://www.medc.com.my/medc/seminar_medc/fromCD/pdf/159.pdf

Saedah Siraj dan Mohammed Sani Ibrahim


Artikel ini berkisarkan tentang penilaian tahap kecekapan guru dalam standard kompetensi guru Malaysia. Kependidikan dan perguruan adalah aspek yang signifikan bagi menjamin kegemilangan sesebuah negara. Guru merupakan perlaksana kurikulum dan menjadi teras dalam menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Pendidikan pula merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Standard kompetensi guru Malaysia bersifat dinamik tanpa mengambilkira tempoh perkhidmatan. Guru yang cepat belajar dan mampu menyesuaikan diri dengan iklim pendidikan negara harus diberikan lebih ruang untuk terus maju dalam profesion mereka. Standard kompetensi tersebut juga mengambil kira cabaran masa kini untuk membangunkan generasi pelajar bagi menghadapi dan menangani cabaran-cabaran baru terutama tuntutan-tuntutan sebagai "knowledge worker" dalam era revolusi informasi abad ke-21. Oleh itu, sewajarnya pembentukan dan implementasi satu standard kompetensi guru diambil perhatian serius oleh semua pihak yang terlibat. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya telahpun mengenal pasti aspek sebenar standard kompetensi yang patut ada pada setiap guru dalam apa jua peringkat dan seterusnya menyebarluaskan maklumat tersebut kepada semua peringkat pengurusan pendidikan
ASSESSMENT WITHOUT ANXIETY


Alvin White


Artikel ini berkisarkan tentang jurnal sebagai rekod pengalaman pelajar dalam PdP Matematik samada secara formal (dalam bilik darjah) dan secara natural (di luar bilik darjah). Tujuan jurnal adalah untuk memberi peluang pelajar dalam membuat refleksi terhadap PdP. Ini memberi peluang kepada mereka untuk lebih memahami isi pembelajaran. Penilaian dalam Matematik menjadi isu kepada pelajar.  Isu hubungan pelajar dengan guru/pensyarah dapat diluahkan melalui rekod jurnal dalam kehidupan seharian mereka. Jurnal dijadikan sebagai satu bentuk penilaian kendiri, memberi peluang kepada pelajar untuk memahami dan memberi keyakinan kepada mereka. Penilaian dinilai berdasarkan tugasan, penglibatan, kuiz dan peperiksaan. Jurnal seterusnya membantu memperbaiki hubungan guru dan pelajar tanpa keraguan/kerisauan.