TAHAP KOMPETENSI GURU
SEKOLAH RENDAH TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS
Yahaya, Azizi and Hashim,
Shahrin and Azzizudin, Fadzlina
Kajian
ini berkisarkan tentang tahap kompetensi guru dalam pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah
menekankan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di dalam pendidikan.
Tetapi, menjelang akhir-akhir ini, timbul keresahan dan kebimbangan di kalangan
para pegawai tinggi kerajaan dan para majikan tentang betapa merosotnya
penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan para lulusan sekolah dan universiti
tempatan. Penggunaan bahasa Inggeris di dalam bidang sains dan teknologi, perubatan
perdagangan dan lain-lain memang jelas, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi
dan pengetahuan-ekonomi. Sekiranya bidang pendidikan tidak selari dengan
kemajuan sains dan teknologi, maka adalah mustahil untuk sesebuah negara itu berkembang
maju kerana kurangnya tenaga mahir bagi membangunkan negara tersebut. Guru-guru
matapelajaran Sains dan Matematik perlu mempunyai tahap kompetensi yang tinggi
untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diberikan. Ini sekaligus
dapat membantu murid dalam proses PdP bagi matapelajaran tersebut.
No comments:
Post a Comment