MENILAI
KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH PENDIDIKAN
SEJARAH SEKOLAH RENDAH DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG
http://www.ums.edu.my/fpp/images/stories/Document/SPSG2013/ict%20dan%20pengajaran-pembelajaran%20di%20fadzil_ipg_penang.pdf
Mohamad Fadzil Che Amat
Dan Abdul Jaleel Abdul Hakeem
Kajian ini berkisarkan
tentang keberkesanan pelaksanaan program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah
Rendah (DPLI- SR) dalam menyediakan guru-guru pendidikan sejarah di Institut
Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPG KPP). Penilaian input melihat dari
aspek proforma DPLI-SR sejarah, program sokongan seperti PLBD, kepakaran
pensyarah dan minat pelajar guru. Penilaian proses berfokus kepada aspek
pelaksanaan kursus DPLI-SR, pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan
praktikum. Penilaian produk melihat kepada prestasi pelajar guru dalam
penilaian praktikum, markah peperiksaan akhir dan refleksi pelajar guru
terhadap program DPLI-SR. Dapatan
kajian menunjukkan secara keseluruhan semua pelajar guru dapat menguasai semua
kursus yang ditawarkan serta dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran sejarah di bilik darjah semasa penilaian praktikum dijalankan. Kajian
mendapati semua pelajar menguasai kursus-kursus (input) yang disediakan berdasarkan
prestasi pada subjek mereka (produk). Ini bermakna input yang diberikan oleh
pensyarah berdasarkan kursus-kursus yang ditetapkan telah memastikan pelajar
menguasai kandungan kursus dengan berkesan. Pelajar juga yakin bahawa praktikum/latihan
mengajar mereka turut dipengaruhi oleh input pengetahuan dan kemahiran yang
diperolehi semasa kuliah. Kajian juga mendapati pelajar berjaya menguasai
kemahiran praktikum (prestasi produk) kerana terdapat penguasaan ilmu dan
keyakinan diri untuk mengajar sejarah ekoran bimbingan yang baik yang diterima
(input) oleh mereka semasa praktikum dan berdasarkan keputusan
(produk) praktikum pelajar
No comments:
Post a Comment