PENGINTEGRASIAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN GURU MATEMATIK DI DAERAH KOTA TINGGI
http://eprints.utm.my/13425/
Bakar, Md.
Nor and A. Hadi, Rashita
Kajian ini berkisarkan
tentang tahap pelaksanaan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik di kalangan guru Matematik. Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab
persoalan kajian ini iaitu tahap pengintegrasian ICT di kalangan guru
Matematik, kesesuaian kursus ICT yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau
Pejabat Pelajaran Daerah kepada guru Matematik dan faktor-faktor yang menjadi
penghalang kepada pengintegrasian komputer di kalangan guru Matematik. Dapatan
kajian mendapati tahap pengintegrasian ICT di kalangan guru Matematik dalam
pengajaran dan pembelajaran berada di tahap yang rendah. Walau bagaimanapun,
keeengganan guru-guru Matematik untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik bukanlah disebabkan faktor dalaman yang ada pada diri
mereka tetapi ia berpunca daripada faktor-faktor luaran seperti kemudahan ICT
yang tidak sempurna dan kekurangan latihan ICT sejak peringkat pengajian
hinggalah ke peringkat perkhidmatan. Masalah-masalah yang telah dikenalpasti
ini sebenarnya berlaku dikebanyakkan tempat di Negara kita terutamanya kawasan
luar Bandar dan pedalaman. Jika pihak kementerian inginkan pengintegrasian ICT
dalam PdP Matematik dan matapelajaran lain diamalkan, maka usul yang
dicadangkan dalam kajian ini boleh dipertimbangkan.
No comments:
Post a Comment