AMALAN MEMBUAT KEPUTUSAN
DALAM KALANGAN PENTADBIR SEKOLAH MENENGAH
Norsurayahani
Kajian ini berkisarkan tentang mengenalpasti
faktor-faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi pentadbir sekolah menengah
harian biasa daerah Segamat dalam membuat keputusan. Seramai 74 responden
terlibat dalam kajian ini daripada 24 buah sekolah. Hasil kajian menunjukkan
tiga faktor luaran yang mempengaruhi pentadbir sekolah dalam membuat keputusan
iaitu hubungan interpersonal dalam organisasi, amalan dan budaya organisasi,
dan sistem maklumat dan komunikasi. Manakala, empat faktor dalaman yang dikaji
mempengaruhi pentadbir sekolah menengah dalam membuat keputusan iaitu
pengetahuan dan kemahiran, nilai dan konsep individu, gaya membuat keputusan
dan intuisi, dan personaliti dan trait. Dapatan kajian menunjukkan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor luaran mengikut jantina,
manakala terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor dalaman mengikut
jantina. Dapatan kajian juga menunjukkan pentadbir mengikuti langkah-langkah
dalam proses membuat keputusan berdasarkan model tertentu dengan kerap.
No comments:
Post a Comment