HUBUNGAN
ANTARA BUDAYA FORMAL SEKOLAH DAN GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR DENGAN PENCAPAIAN
AKADEMIK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
Yahaya, Azizi and Abd. Majid, Nurfaizah
Kajian ini berkisarkan tentang
hubungan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran pelajar dengan
pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Seramai 234 orang responden yang
dipilih adalah berdasarkan kaedah persampelan rawak kelompok iaitu kluster atas
kluster di lima buah sekolah menengah sekitar daerah Pontian, Johor. Hasil
kajian mendapati bahawa budaya formal sekolah yang paling dominan adalah budaya
formal sekolah berdasarkan dari aspek sosial. Manakala gaya pembelajaran
pelajar yang paling dominan adalah gaya pembelajaran berdasarkan dari aspek
visual. Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan antara budaya formal
sekolah dan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Oleh itu,
beberapa cadangan dikemukakan dalam kajian ini. Antaranya ialah guru dan
pelajar harus mengenal pasti budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran
pelajar agar dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar
No comments:
Post a Comment