PENGINTEGRASIAN ICT DALAM PdP
Mohd Mahizam
B Mohd Toha
Artikel ini
berkisarkan tentang pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya dapat dilihat dari dua
perspektif. Perspektif yang pertama ialah pengaplikasian perkakasan dan
perisian bagi tujuan memudahkan proses penyampaian di bilik darjah. Perspektif
yang kedua harus dilihat pada potensi yang ada pada setiap elemen multimedia
yang dicipta dan bagaimana ianya mampu memperluaskan ilmu dan kemahiran murid
melalui amalan pedagogi di bilik darjah.
Tiga
kriteria yang perlu diberi perhatian oleh guru agar media yang digunakan dapat
diintegrasikan dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP):
- Mampu menjana idea
- Mampu mengukuhkan pemahaman
- Menggabungkan dengan kaedah dan teknik
yang tertentu (aspek pedagogi)
Penggunaan media
bukan sahaja dapat membantu proses PdP guru, malahan ianya juga dapat membantu murid menyelesaikan masalah secara
kritis, kreatif dan inovatif tanpa bergantung kepada jawapan yang diberikan
oleh guru sepertimana yang terdapat pada corak pembelajaran konvensional.
No comments:
Post a Comment