TAHAP KEBIMBANGAN GURU SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS
Azizah Rajab, Hamidah Abdul Rahman dan Wan Zarina Wan Zakaria
Kajian ini berkisarkan kepada pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. PdP ini memerlukan kemahiran dan strategi pengajaran berkesan menghasilkan pendidikan yang sempurna. Untuk mencapai misi ini, guru mestilah mempunyai tahap pencapaian yang tinggi dalam penggunaan bahasa Inggeris bagi merealisasikan pembelajaran menggunakan bahasa tersebut dalam kedua-dua subjek ini. Kementerian Pelajaran telah dan sedang melaksanakan pelbagai program latihan untuk membantu guru-guru untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Walaupun program yang dirangka menjanjikan satu pencapaian yang baik, keberkesanannya masih terlalu awal untuk dilihat terutama dari aspek kebimbangan guru itu sendiri terhadap pengajaran menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam kedua-dua subjek tersebut. Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap kebimbangan di kalangan guru Matematik dan Sains sekolah rendah kebangsaan Tahun Satu terhadap pengajaran subjek tersebut di dalam bahasa Inggeris. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kebimbangan guru matematik dan sains adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap kebimbangan terhadap tiga sub-skala kebimbangan berdasarkan faktor demografi seperti jantina, status perkahwinan, pengalaman mengajar dan umur adalah pada tahap sederhana. Kebolehan berbahasa Inggeris sebagaimana yang diperlukan untuk mengajar secara berkesan adalah satu cabaran baru kepada guru-guru tersebut. Walaupun tidak dapat dinafikan terdapat guru-guru yang memiliki kemahiran bahasa Inggeris yang baik tetapi mereka masih bergelut dengan bentuk bahasa akademik yang diperlukan untuk pengajaran yang berkesan.
No comments:
Post a Comment