CIRI IKLIM SEKOLAH
BERKESAN: IMPLIKASINYA TERHADAP MOTIVASI PEMBELAJARAN
http://www.ukm.my/penerbit/jurnal_pdf/jpend31_01.pdf
Ahmad Zabidi Abdul
Razak
Kajian ini berkisarkan untuk
menentukan ciri iklim sekolah berkesan. Kajian ini dilihat daripada persepsi 97
orang guru daripada empat buah sekolah menengah agama di Selangor. Kaedah
tinjauan digunakan untuk mendapatkan data. Data ini dianalisis untuk
mendapatkan taburan kekerapan dan min. Daripada analisis ini menunjukkan ciri
sekolah agama menengah berkesan adalah:
- · pelaksanaan amalan hidup Islam dalam setiap aspek pembelajaran dan pekerjaan,
- · pengamalan sifat muraqabah, iaitu merasakan Allah sentiasa memerhati setiap tindakan yang dilakukan,
- · pengetua mengamalkan komunikasi terbuka dalam pergaulan dengan guru dan pelajar,
- · komitmen guru terhadap sekolah adalah tinggi,
- · guru-guru bekerjasama untuk menyelesaikan masalah,
- · kawasan sekolah bersih, cantik, selamat dan cukup tempat ruang belajar,
- · sikap pelajar yang positif.
Berdasarkan dapatan kajian,
artikel ini membincangkan implikasinya terhadap motivasi pembelajaran di
sekolah. Daripada susunan ciri iklim sekolah menengah agama berkesan ini
menunjukkan bahawa peranan seluruh warga sekolah untuk mengamalkan budaya hidup
Islam sebagai ciri terpenting. Ia kerana untuk memastikan keberkesanan sekolah,
maka semua pihak perlu melaksanakan amanah dengan penuh disiplin dan bukan hanya
mencari kesalahan orang lain sahaja.
No comments:
Post a Comment